Tuesday, November 17, 2009

JAMUAN AKHIR TAHUN 2009

MAKLUMAN PERUBAHAN TARIKH JAMUAN AKHIR TAHUN

Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, Jamuan Akhir Tahun telahpun ditunda pada tarikh dan masa sebagaimana makluman berikut :

Tarikh : 20 November 2009
Masa : 8.30 malam
Tempat : New Horizon Garden

Harp maklum. Terima kasih.

Monday, November 16, 2009

KEM BAKAT BOLA TAMPAR 2009

KEM BAKAT BOLA TAMPAR
PPD BACHOK

Pejabat Pelajaran Daerah Bachok telah mengadakan Kem Bakat Bola Tampar bawah umur 11 tahun.Program tersebut diadakan di Sekolah Kebangsaan Kubang Telaga pada 30 dan 31 Oktober 2009.
Para peserta terdiri daripada pelajar yang mewakili ZONPEN masing-masing. Objektif utama program ini adalah untuk mendedahkan teknik-teknik latihan dan permainan yang sebenar kepada para peserta.
Sesi pemanasan badan yang sistematik dan EMPAT kemahiran asas permainan bola tampar iaiutu servis,menyangga,merejam dan menghadang diberikan penekanan sepanjang kem tersebut.
Penyelia Pelajaran ( Sukan ) PPD Bachok,Tn. Hj.Mohd Zabhi Bin Daud meminta para peserta Kem Bakat akan terus berlatih apabila kembali ke sekolah masing-masing. Adalah diharapkan pasukan MSSD Bachok akan lebih menyerlah dalam Kejohanan MSSK Kelantan pada tahun hadapan.

Peserta begitu bersemangat mendengar penerangan daripada jurulatih

Jurulatih Kem Bakat

Sesi memanaskan badan

Tunjuk ajar daripada jurulatih

Tn. Hj. Mohd Zabhi Bin Daud PPD Bachok ( baju biru )
hadir memeriahkan majlis

Saturday, November 14, 2009

KEMPEN AYUH CEGAH DENGGI


Pada 5 November 2009 bertempat di Sek Keb Kubang Telaga telah diadakan satu kempen gotong-royong yang dinamakan "Kempen Ayuh Cegah Denggi". Kempen ini telah dijayakan hasil gabungan semangat dan kesedaran daripada semua murid, guru dan kakitangan sekolah. Pelaksanaan kempen ini adalah bertujuan untuk menyampaikan mesej berhubung langkah pencegahan denggi dan kepentingan menjaga persekitaran bagi mengawal dan membanteras penyakit berbahaya yang berpunca daripada nyamuk Aedes.

Tuesday, November 10, 2009

Mesyuarat Agung PIBG


Mesyuarat Agung PIBG telah diadakan pada 29 Mac 2009. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Drs. Amran Bin Mustapha.

Drs. Amran juga menyampaikan cenderahati kepada pelajar-pelajar yang memperolehi 5A dalam UPSR 2008. Pelajar-pelajar tersebut ialah :
  • Rosli Bin Mohd Deris
  • Mohd Dasuki Bin Daud
  • Ahmad Aiman Bin Zakaria
JAMUAN AKHIR TAHUN 2009

Dengan segala hormatnya semua guru dan kakitangan dijemput menghadiri majlis tersebut sebagaimana makluman berikut :

Masa : 1.30 petang
Hari : Rabu
Tarikh : 18 November 2009
Tempat : New Horizon Garden,Kota Bharu,Kelantan

Sekian.


*********

Terkini!!!!!!!!!!

Jamuan Akhir Tahun telahpun ditunda sebagaimana makluman berikut atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Hari : Jumaat
Masa : 8.30 malam
Venue : New Horizon Garden

Harap maklum.